Dipilih sebagai salah seorang selebriti memperagakan jenama antarabangsa di KLFW2018, Neelofa sekali lagi menjadi perhatian ramai apabila penampilan beliau dikecam netizen kerana terlalu seksi.
Menggayakan fesyen jaket sambil ‘catwalk’ di atas pentas, pakaian Neelofa itu kelihatan agak ketat terutama sekali pada bahagian dadanya.
Rata-rata netizen mengatakan pakaian itu terlalu seksi untuk beliau dan sangat tidak sesuai dengan imej Neelofa sebagai seorang wanita berhijab dan berstatus hajjah. Sepatutnya Neelofa haruslah berhati-hati dalam berfesyen agar tidak mengundang fitnah.
Mungkin juga Neelofa tidak sangka fesyen yang digayakannya itu akan menjadi bahan kritikan ramai. Kadang-kadang ‘angle’ kamera ketika video diambil juga boleh mengubah penampilan asal seseorang.
0 Komentar